Saturday, December 29, 2012

Hikmah exam. Jom tawakkal!

[kredit]


Assalamualaikum wbt.

Kepada semua yang dirahmati Allah.
Dalam minggu exam ni, terasa nak kongsi sesuatu. Semoga bermanfaat.

Camne exam? Semoga Allah permudahkan segala urusan... 

Exam selalu dikaitkn dgn usaha dn tawakkal. dan dua2 sgt berkait rapat dgn kebergantungan/penyerahan kita pada Allah. Kesungguhan kita dlm study (atau apa2 perkara kebaikan) bukti kita bersungguh2 berserah kepada Allah. Kerana ketika kita x buat perkara kebaikan, pasti masa tersebut kita guna utk buat kejahatan atau perkara lagha. Maka ketika itu juga mnjadi bukti bahawa kita tidak serahkan diri kita kepada-Nya tapi kita sedang asyik mengikut hawa nafsu kita sendiri. 

Maka penyerahan diri kita kepada Allah perlu secara total dn tuntas, pada setiap detik kehidupan. Bukan sekadar study malah seluruh aspek hidup, hatta dlm tidur kita. Saya juga menyeru diri saya dn semua yg saya sayangi, utk sama2 kita usaha sungguh2 serahkan jiwa raga kita kpd Allah. Tawakkal bukan sekadar kata2 dn bukan hanya ketika exam... cuba ganti kata2 "tawakkal" di bawah ni dgn "serah diri kpd Allah" dan "sungguh-sungguh ikut Rasulullah". 

Tawakkal dlm study
Tawakkal dlm solat jemaah
Tawakkal dlm bangun subuh
Tawakkal dlm maintain mutabaah amal harian
Tawakkal dlm tinggalkn karat jahiliyyah
Tawakkal dlm usaha tarbiyah dan dakwah

Semoga exam ni jd batu loncatan utk tingkatkn "tawakkal" kita... 

Tawakkal = berserah diri = islam 

"Tawakkal ini perlu dibina, memang prosesnya sukar tp itulah namanya mujahadah. Yg penting, pasang niat dulu. InsyaAllah jalannya akn lebih mudah"

Saturday, November 10, 2012

Muslim Mantop Akan Kejar Solat Jemaah

[sumber]
Assalamualaikum wbt,

Mengaku beriman dengan Ar-Rasul dan sunnahnya?

Maka mari kita terjemahkan iman kita dengan amal yang satu ni, Solat Berjemaah.

Supaya kita menjadi Muslim Mantop!
...

Hadis 1

Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda:

"Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Hadis 2
Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya):
"Demi Tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku pernah hendak menyuruh para sahabat untuk mencari kayu api, lalu aku menyuruh agar bersolat jemaah. Seterusnya, aku menyuruh seseorang untuk mengimami orang ramai, sementara aku tidak ikut solat berjemaah kerana mencari rumah orang yang tidak mengikuti solat berjemaah, lalu aku bakar rumah mereka."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hadis 3
Bahawa pernah suatu ketika datang seorang lelaki buta kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang meminta keringanan untuk solat di rumah. Namun, tatkala lelaki itu hendak pergi, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam memanggilnya dan bertanya, "Adakah engkau mendengar laungan azan?" Lelaki buta itu menjawab, "Ya." Rasulullah sallallahu alaihi wasallam kemudiannya berkata, "Kalau begitu, penuhilah panggilan itu (solat secara berjemaah)."
(Riwayat Muslim)
Hadis 4
Daripada Abdullah bin Umar radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya):
"Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 kali ganda."
(Riwayat Bukhari)
Hadis 5
Daripada Uthman bin Affan radiallahuanhu yang mana Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah bersabda (maksudnya):
"Sesiapa yang berwuduk untuk solat, lalu dia menyempurnakan wuduknya, kemudian dia terus berjalan untuk mendirikan solat fardu, lalu dia pun menunaikannya bersama orang lain atau secara berjemaah atau di masjid nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya."
(Riwayat Muslim)
Hadis 6
Daripada Ubay bin Kaab radiallahuanhu, daripada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud:
"Sesungguhnya solat lelaki yang dilakukan bersama seorang lelaki yang lain lebih afdal (di sisi Allah) daripada solatnya secara bersendirian. (Begitu juga) solatnya bersama dua orang lelaki lebih afdal (di sisi Allah) daripada solat yang dilakukan bersama seorang lelaki sahaja. Semakin ramai bilangan ahli jemaah maka ia semakin disukai di sisi Allah."
(Riwayat Abu Daud)
Hadis 7
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak.” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
............................................................................................................
Jangan tangguh-tangguh lagi. Mari kita bulatkan tekad kejar solat jemaah bagi setiap solat fardhu. Ini bukan perkara main-main tetapi adalah bukti keimanan kita kepada hadis-hadis di atas.
Semoga Allah beri kita semua kekuatan, hidayah dan taufiq-Nya untuk kita istiqamah melaksanakan solat jemaah.
Kata nak menang terhadap kaum musyrikin kan? Bina kekuatan kita melalui jemaah.
JOM Jemaah!

Friday, October 5, 2012

"Simpan pun x kaya, bagi pun x miskin" - Jom Korban!

[kredit]
Assalamualaikum wbt,

Saya nak mengajak kita semua keluarkan sedikit daripada simpanan kita untuk menjalankan ibadah korban pada tahun ini. Ini mungkin menjadi salah satu daripada cara utk mendidik hati kita berkorban di jalan Allah. Tersangatlah banyak manfaat daripada ibadah korban ni. 

Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya." 

(Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

Monday, October 1, 2012

African (belum islam) Mengajarku Tentang 'Syukur'

[kredit]


Assalamualaikum wbt,

Rasa nk kongsi jugak.

Semalam masa nk basuh baju kt mesin rm2.50, ada sorang foreigner ni, African kot sebab kulit gelap rambut kerinting dan yang pasti bukan islam, dia baru habis basuh baju dan sedang keluarkan satu persatu bajunya, masukkan dlm bakul. 

Tiba-tiba baju putihnya kelihatan bertompok-tompok hitam cam habuk gitu (biasa kot jadi kalau basuh mesin automatik). Dengan spontan terkeluar daripada mulutnya, 

"What?!". 

Lalu dia sambung masukkan lagi baju-bajunya yang berbaki ke dalam bakul, sambil muka macam x best dan masam. Lepas masukkan baju yang terakhir, dia pun nk beredar. Tapi yg membuat saya terpegun ialah sebelum dia beredar, dia pandang ke mesin basuh tersebut dan berkata,

"Anyway, thank you..."

Wahh... walau marah, masih boleh berterima kasih!

............................

Andai kata dia muslim, mungkin dia akan kata,

"Anyway, Alhamdulillah..."

Dan mungkin disebabkn akhlak/budi pekerti luhur simple2 mcm ni la masyarakat Arab jahiliyah dulu terpikat dgn Rasulullah saw. 

JOM amalkan sunnah/akhlak baginda walaupun dlm perkara yg simple2, insyaAllah byk org akn terpikat dgn islam dn dakwah kita. 

=) 

Saturday, September 15, 2012

Manusia: Rai dan Hargai

Mujahid dan Daniel di'rai'kan Syawal

Assalamualaikum wbt,

Saya hidup kurang lebih dah 22 tahun, Alhamdulillah.  Allah bagi kesempatan untuk saya kenal ramai orang. Allah juga pilih saya untuk berkenalan dengan Dakwah & Tarbiyah. Alhamdulillah...

Saya suka nak kongsi apa yang saya rasa tentang manusia. Secara umunya, manusia ini hidupnya terus menerus ingin diisi dengan kebahagiaan. Dan salah satunya adalah kita perlu sedar bahawa kita suka dirai dan dihargai.

Monday, September 10, 2012

Best Quote from FB 2

~Graf ISK~
~:: Tatkala jatuhnya Sistem Khilafah pd 1924, hampir seluruh negara islam menghantar surat kepadaku mencadangkan agar diadakan sebuah muktamar bagi melantik seorang Khalifah. Aku menjawab "kita WAJIB memulakannya dari bawah, iaitu tarbiyah individu. Apa gunanya mengadakan mu'tamar yang mengumpulkan orang2 lemah yang tiada motivasi diri untuk melaksanakan sesuatu keputusan? Apa faedahnya? Apakah kamu mahu kami mengumpul angka2 kosong? ::~

(Syakib Arsalan)
 sumber: http://www.facebook.com/irfanmas (10 Sept 2012) 

Friday, September 7, 2012

Best Quote from FB 1




by Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj (JKP IKRAM)

Each time I came out from airport arrival halls and saw my name poster (eg Prof H. SIRAJ) held by someone who was supposed to fetch me , I felt so relieved & secured! And I always pray - O Allah, let there be a malaikat holding up my name to fetch me to Jannah on the day I 'll be called to see You in Mahsyar....Amin

Saturday, June 30, 2012

Kempen Puasa mantop!


Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, Ramadhan dah semakin menghampiri kita... ayuh terus persiapkan diri untuk menyambut Bulan Al-Quran ini. Beberapa saranan daripada admin untuk kita semua:

1.   Banyakkan bacaan-bacaan berkaitan amalan terbaik sepanjang Ramadhan
2.   Mulai memperbanyak tilawah Al-Quran daripada sekarang, letak target harian
3.   Mulai "catu" amalan yang mungkin mencuri banyak masa kita seperti FB, Novel dll
4.   Cari dan target ruang-ruang sedekah yang boleh kita manfaatkan Ramadhan nanti

Thursday, June 28, 2012

IT'S JUMUAH!




It was narrated from Abu Sa'eed al-Khduri that the Prophet (peace and blessings of be upon him) said: "Whoever reads Surat al-Kahf on Friday, he will be illuminated with light between the two Fridays." Narrated by al-Hakim

Monday, June 25, 2012

24.06.2012 - Tarikh "Keramat" Abad Ini!


Alhamdulillah...

Kemenangan Dr Mohamed Morsi membawa satu petanda baru cahaya kegemilangan Islam. Selepas sekian lama berjuang bermati-matian, Allah anugerahkan kurnia buat masyarakat Mesir khasnya dan ummat Islam dunia amnya. 

Tiada kata-kata yang mampu diucapkan selain kesyukuran yg tinggi kepada Allah. Satu lagi petanda bahawa kemenangan membebaskan Palestin dan Al Quds semakin hampir...

Kenapa tarikh "Keramat"?

Friday, June 22, 2012

Tarbiyah Gua Tempurung



Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah yang telah memberiku kekuatan untuk update blog ni. Bukan tak ada idea nak tulis tapi kurang diberi kesempatan dan kekuatan akhir-akhir ni. Astaghfirullah... Masih jauh daripada 10 muwasofat tarbiyah seorang muslim. Urusan tak tersusun, waktu tak terjaga, akhirnya menyebabkan cita-cita nak bagi manfaat kepada orang lain melalui penulisan blog ni pun tergendala.

InsyaAllah akan terus muhasabah. Ok. Back to the topic =)

Gua Tempurung

Inilah kali pertama saya berpeluang menjejaki dan menikmati keindahan Gua Tempurung, Gopeng, Perak. Sudah bertahun-tahun merancang dan akhirnya berjaya juga sampai sini. 10 Jun 2012. Alhamdulillah... pengalaman yang sangat berharga.

Lebih berharga lagi, saya boleh recall sikit sebanyak ilmu yang saya terima 2 tahun lepas dalam subjek Carbonate Sedimentology & Petrography.

Jom saya kongsikan.

Thursday, May 31, 2012

Sajak: Ummi & Ayah


Ummi & Ayah

(bunyi baby menangis)

Wahai makhluk Allah,
Dengarkanlah tangisan itu,
Tangisan yang menggetarkan jiwa sepasang kekasih,
Tangisan yang membuatkan ibu bapanyatersenyum ceria,
Iaitu tangisan seorang lagi umat Al-Amin.

Ummi,
Saat yang lain enak dibuai mimpi,
Engkau bersabung nyawa di hospital yang sunyi,
Selepas 9 bulan mengandungkan kami,
Kini harapanmu menggunung tinggi,
Supaya kami menjadi insan Rabbani.

Ayah,
Tanpamu amat mustahil kami di sini,
Menikmati nikmat Allah yang sangat indah,
Seharian engkau keluar mencari rezeki,
Demi melihat kami menjadi mukmin sejati.

Wahai Ummi dan Ayah kami,
Sungguh jasamu tidak ternilai,
Mahupun digadai seluruh emas dan permata di bumi,
Tetap saja jasa kalian tidak mampu dibeli.

~aina tasnim a ralim~
21 April 2012
Kajang, Selangor

sempena majlis meraikan ulangtahun kelahiran ke-46 mereka
-ayah (5 April 2012)-
-ummi (19 April 2012)-

Wednesday, May 30, 2012

Solidariti Bersama Syria



Astaghfirullahal Adzim...
Hasbunallahi Wani'mal Wakiil...

Seram sejuk, gembira, bersalah, semangat, dan macam-macam perasan timbul bila terkenangkan isu Syria ni. Tonton video di atas sahaja dah membuktikan kekejaman demi kekejaman yang sedang berlaku kepada umat Islam khususnya di Syria.

Apa yang budak-budak tu boleh buat sangat sampaikan askar-askar rejim sanggup bunuh diorang sekejam tu? Malah ada bayi yang belum sempat kenal lagi siapa Basyar al-Asad apatah lagi nak menentangnya pun dipaksa menelan peluru-peluru canggih mereka.

Saturday, May 26, 2012

Taubatlah Dan Jangan Mengalah...




Kita acap kali melakukan khilaf dan dosa. Itulah manusia. Dan setiap kali kita melakukan dosa, tatkala iman masih berbekas di hati, kita akan merasa betapa hinanya dosa yang telah kita lakukan.

Astaghfirullahal Adzim...

Kita bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Rasa benci yang membuak-buak untuk mengulangi khilaf itu lagi. Sampai kadang-kadang kita tertunduk menangis semahu-mahunya mengenangkan hinanya kita di hadapan Allah. Allah yang telah melimpahkan kurnia dan nikmat yang tidak putus-putus. Maka bertambahlah kembali rasa keimanan dalam diri kita. 

TAPI setelah beberapa ketika, hilang rasa manisnya iman tadi. Dan kita kembali menurut nafsu dan syaitan melakukan lagi khilaf yang sama. Tanpa rasa bersalah!

Tuesday, May 22, 2012

Silaturrahim Meluaskan Rezeki


Assalamualaikum wbt,

Pendahuluan: Silaturrahim meluaskan rezeki

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang suka supaya diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menjalinkan hubungan tali silaturahim." 
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Saya pasti semua orang pernah merasai kenikmatan 'murah rezeki' melalui orang-orang yang berada di sekitarnya. Cuma sama ada kita sedar atau tidak, dan sama ada kita cuba untuk mengambil pengajaran daripadanya ataupun tidak sahaja.

Monday, May 21, 2012

Assalamualaikum wbt.


Selamat datang ke blog mantop! production.

InsyaAllah dengan objektif ingin berkongsi pandangan dan ilmu, diharapkan blog ni memberi manfaat untuk pembaca, pengomen dan pengkritik. =)

Penulisan di blog ini merupakan salah satu usaha 'output learning' setelah berlonggokan input yang saya terima. Saya takut kalau tak ada output, ilmu dan buah fikir saya akan terperap, basi, lupa dan seterusnya menjadi ilmu yang disia-siakan tanpa amalan berterusan.

Saya baru nak belajar2 menulis ni. Sila beri tunjuk ajar dan kritikan supaya kita sama-sama mendapat manfaat. 

JOM Menjadi, Melahirkan, Membina Muslim Yang mantop!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...