Monday, June 25, 2012

24.06.2012 - Tarikh "Keramat" Abad Ini!


Alhamdulillah...

Kemenangan Dr Mohamed Morsi membawa satu petanda baru cahaya kegemilangan Islam. Selepas sekian lama berjuang bermati-matian, Allah anugerahkan kurnia buat masyarakat Mesir khasnya dan ummat Islam dunia amnya. 

Tiada kata-kata yang mampu diucapkan selain kesyukuran yg tinggi kepada Allah. Satu lagi petanda bahawa kemenangan membebaskan Palestin dan Al Quds semakin hampir...

Kenapa tarikh "Keramat"?

Sebelum ni saya sangat mengingati tarikh lahir 2 orang ikhwah yang saya kasihi kerana Allah ini. Mereka antara yang awal membuatkan saya "terjebak" dalam gerabak dakwah & tarbiyah ni. 

Muhammad Afifi Ahmad Kamil & Aiman Roslizar. 

Tapi kenapa saya ingat sangat tarikh ulang tahun kelahiran mereka? Padahal selama ni saya la yang paling susah nak ingat tarikh lahir orang lain.

3 Mac. Yup. 

Inilah tarikh tragis bagi ummat Islam bilamana khilafah islam secara rasminya hilang daripada bumi Allah. Dan itulah juga sebab saya sangat ingat tarikh "befday" mereka. Sanah Helwah kalau saya terlupa nak ucap haritu... hehe.

Dan bagi saya, pada kali ini, satu lagi tarikh bersejarah untuk ummat Islam. Kemenangan Dr Mohamed Morsi, wakil Freedom & Justice Party (FJP), sayap politik Ikhwanul Muslimin.

24 Jun 2012. Tarikh "keramat"!

Dan saya juga akan ingat tarikh ni sampai bila-bila insyaAllah. Sebab ia adalah tarikh ulang tahun kelahiran saya yang ke-22. Yeay! 

Terima kasih ummi sebab pilih tarikh ni lahirkan saya...hehe  

Alhamdulillah... 

Jom tengok sebahagian gambar menarik yang diambil daripada FB:

Dataran Tahrir dengan percikan bunga api


Jutaan rakyat penuhi Dataran Tahrir menyokong Dr Morsi

Qudwah seorang pemimpin islam


Perancangan Allah untuk rakyat Mesir

Isi Pidato Pertama Beliau Sebagai Presiden 

Saya tidak mungkin berdiri dihadapan anda sekalian kecuali berkat rahmat Allah SWT. Terima kasih dan penghormatan kepada syuhada dan luka-luka teriring doa atas jasa mereka yang telah membukakan pintu. Terima kasih kepada masyarakat Mesir dan militer yang saya cinta. Tidak ada yang mengetahui dalamnya cinta kecuali Allah SWT. Terima kasih kepada hakim Mesir yang tengah mengawasi dan melancarkan pemilu. 

Dalam pidato Morsi menyebut provinsi-provinsi yang tidak mendapat perhatian dari Mubarak selama 30 tahun. Para buruh, sopir bus, masinis, pengemudi bajaj, para pelajar, semuanya adalah keluarga saya. Saya tidak akan membeda-bedakan. Mari kita melanjutkan perjalanan, agar semua tuntutan revolusi tercapai. 

Dahulu kita selalu bertanya-tanya: Bilakah rakyat akan menjadi sumber kekuasaan sebagaimana di negara lain? Sekarang, Anda sekalian adalah penguasa. Rakyat dan penguasa sama di depan hukum. Saya tidak memiliki hak. Semua yang saya punya hanyalah kewajiban. Apabila saya tidak melaksanakan semua janji-janji saya, maka janganlah patuhi saya. Wa'tashimu bihablillahi jami'an wa laa tafarraqu. Shadaqallahul Adzim

Mari bersama-sama kita pikul projek kebangkitan. Demi masa depan Mesir. Kita semua bangsa Mesir, Muslim maupun Kristen, kita semua pelaku peradaban. Saya akan menjaga semua perjanjian dengan semua negara. Saling menghargai. Saya tidak izinkan intervensi asing. Ketahuilah semuanya, bahwa semua keputusan Mesir tergantung pada keinginan rakyatnya. Saya faham bahwa kita semua dalam keadaan yang sukar. Tapi dengan taufikq Allah kita akan melewati semua ini. Saya tidak akan mengkhianati kalian semua. Wattaqu yauman turjauuna fihii ilallahi. Semua orang melihat itu jauh. Tapi kita memandang semua itu dekat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...