Thursday, May 31, 2012

Sajak: Ummi & Ayah


Ummi & Ayah

(bunyi baby menangis)

Wahai makhluk Allah,
Dengarkanlah tangisan itu,
Tangisan yang menggetarkan jiwa sepasang kekasih,
Tangisan yang membuatkan ibu bapanyatersenyum ceria,
Iaitu tangisan seorang lagi umat Al-Amin.

Ummi,
Saat yang lain enak dibuai mimpi,
Engkau bersabung nyawa di hospital yang sunyi,
Selepas 9 bulan mengandungkan kami,
Kini harapanmu menggunung tinggi,
Supaya kami menjadi insan Rabbani.

Ayah,
Tanpamu amat mustahil kami di sini,
Menikmati nikmat Allah yang sangat indah,
Seharian engkau keluar mencari rezeki,
Demi melihat kami menjadi mukmin sejati.

Wahai Ummi dan Ayah kami,
Sungguh jasamu tidak ternilai,
Mahupun digadai seluruh emas dan permata di bumi,
Tetap saja jasa kalian tidak mampu dibeli.

~aina tasnim a ralim~
21 April 2012
Kajang, Selangor

sempena majlis meraikan ulangtahun kelahiran ke-46 mereka
-ayah (5 April 2012)-
-ummi (19 April 2012)-

Wednesday, May 30, 2012

Solidariti Bersama Syria



Astaghfirullahal Adzim...
Hasbunallahi Wani'mal Wakiil...

Seram sejuk, gembira, bersalah, semangat, dan macam-macam perasan timbul bila terkenangkan isu Syria ni. Tonton video di atas sahaja dah membuktikan kekejaman demi kekejaman yang sedang berlaku kepada umat Islam khususnya di Syria.

Apa yang budak-budak tu boleh buat sangat sampaikan askar-askar rejim sanggup bunuh diorang sekejam tu? Malah ada bayi yang belum sempat kenal lagi siapa Basyar al-Asad apatah lagi nak menentangnya pun dipaksa menelan peluru-peluru canggih mereka.

Saturday, May 26, 2012

Taubatlah Dan Jangan Mengalah...




Kita acap kali melakukan khilaf dan dosa. Itulah manusia. Dan setiap kali kita melakukan dosa, tatkala iman masih berbekas di hati, kita akan merasa betapa hinanya dosa yang telah kita lakukan.

Astaghfirullahal Adzim...

Kita bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Rasa benci yang membuak-buak untuk mengulangi khilaf itu lagi. Sampai kadang-kadang kita tertunduk menangis semahu-mahunya mengenangkan hinanya kita di hadapan Allah. Allah yang telah melimpahkan kurnia dan nikmat yang tidak putus-putus. Maka bertambahlah kembali rasa keimanan dalam diri kita. 

TAPI setelah beberapa ketika, hilang rasa manisnya iman tadi. Dan kita kembali menurut nafsu dan syaitan melakukan lagi khilaf yang sama. Tanpa rasa bersalah!

Tuesday, May 22, 2012

Silaturrahim Meluaskan Rezeki


Assalamualaikum wbt,

Pendahuluan: Silaturrahim meluaskan rezeki

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang suka supaya diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menjalinkan hubungan tali silaturahim." 
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Saya pasti semua orang pernah merasai kenikmatan 'murah rezeki' melalui orang-orang yang berada di sekitarnya. Cuma sama ada kita sedar atau tidak, dan sama ada kita cuba untuk mengambil pengajaran daripadanya ataupun tidak sahaja.

Monday, May 21, 2012

Assalamualaikum wbt.


Selamat datang ke blog mantop! production.

InsyaAllah dengan objektif ingin berkongsi pandangan dan ilmu, diharapkan blog ni memberi manfaat untuk pembaca, pengomen dan pengkritik. =)

Penulisan di blog ini merupakan salah satu usaha 'output learning' setelah berlonggokan input yang saya terima. Saya takut kalau tak ada output, ilmu dan buah fikir saya akan terperap, basi, lupa dan seterusnya menjadi ilmu yang disia-siakan tanpa amalan berterusan.

Saya baru nak belajar2 menulis ni. Sila beri tunjuk ajar dan kritikan supaya kita sama-sama mendapat manfaat. 

JOM Menjadi, Melahirkan, Membina Muslim Yang mantop!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...