Wednesday, May 30, 2012

Solidariti Bersama Syria



Astaghfirullahal Adzim...
Hasbunallahi Wani'mal Wakiil...

Seram sejuk, gembira, bersalah, semangat, dan macam-macam perasan timbul bila terkenangkan isu Syria ni. Tonton video di atas sahaja dah membuktikan kekejaman demi kekejaman yang sedang berlaku kepada umat Islam khususnya di Syria.

Apa yang budak-budak tu boleh buat sangat sampaikan askar-askar rejim sanggup bunuh diorang sekejam tu? Malah ada bayi yang belum sempat kenal lagi siapa Basyar al-Asad apatah lagi nak menentangnya pun dipaksa menelan peluru-peluru canggih mereka.


Jumaat lepas, 25 Mei 2012, di Haulah merupakan antara tragedi terburuk sepanjang 15 bulan penentangan terhadap rejim Basyar al-Asad di Syria. Snap shot daripada perkongsian di FB baru-baru ni:

 

Penutup: Apa tindakan kita?

Doa - Seorang Muslim tidak akan berdiam diri dengan kejadian ini. Tembakan doa kepada mereka harus tidak putus. Setiap hari. Berkali-kali. Banyakkan lagi munajat, bangun malam dan merintih kepada Allah. Hasbunallahi Wani'mal Wakiil...

Sebarkan - Gunakan segala medium dan nikmat yang ada untuk sampaikan realiti sebenar kepada masyarakat. Cakap. Sembang. Sms. Facebook. Twitter. Blog. Gunakan semuanya supaya masyarakat dan kita tak terleka dalam "comfort zone". InsyaAllah makin ramai sedar, makin cepat kemenangan Islam akan tiba.

Sumbangan - Inilah masanya Allah hendak menguji hati-hati kita. Adakah kita lebih cintakan dunia atau kita betul-betul mendokong perjuangan para syuhada' di sana? Kita lebih sanggup keluarkan RM50++ untuk makan di restoran demi memuaskan nafsu kita tetapi fikir berpuluh-puluh kali untuk hadiahkan sedikit rezeki ni untuk mereka yang sedang sengsara di sana. Sedikit suasana yang berlaku semasa Ceramah isu Syria di Masjid Shah Alam Isnin lepas (28 Mei 2012):

Syeikh Dr Khalid Hindawi bertanya kpd hadirin siapakah yg bersedia utk infaq rm100,000 utk Syria. Beliau terus bertanya 'Siapakah yg mahu mengikuti jejak Abu Bakar As-siddiq r.a.? Syeikh kemudian menurunkan kpd rm90k, rm80k, turun lagi.. Setakat ini belum bersambut..
-status FB Dr hafidzi-

Seorang makcik pledge infaq RM50k utk Syria, seorg pemuda pledge infaq RM10k. 3 org pledge RM5k. Subhanallah! Moga dpt menjadi sprt mereka. 
-status FB Abdullah Omar-

Perbaiki diri - Ini merupakan tindakan segera tetapi untuk kesan jangka masa panjang kita. Ummah memerlukan individu-individu muslim yang tulen. Ia tidak dapat dicipta dalam masa sehari, sebulan atau setahun tetapi ia adalah proses yang perlu bermula daripada sekarang. Dan ia harus berterusan. Berterusan memperbaiki diri dan memperbaiki orang lain. Bermula dengan seorang, ia akan berkembang dan membentuk generasi muslim tulen. Ketika itulah kekuatan dikumpul dan didokong. Kekuatan ini bakal melumpuhkan semua bentuk kezaliman dan keadilan akan tertegak. TAPI ia perlu bermula dengan seorang dan bermula sekarang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...