Saturday, May 26, 2012

Taubatlah Dan Jangan Mengalah...




Kita acap kali melakukan khilaf dan dosa. Itulah manusia. Dan setiap kali kita melakukan dosa, tatkala iman masih berbekas di hati, kita akan merasa betapa hinanya dosa yang telah kita lakukan.

Astaghfirullahal Adzim...

Kita bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Rasa benci yang membuak-buak untuk mengulangi khilaf itu lagi. Sampai kadang-kadang kita tertunduk menangis semahu-mahunya mengenangkan hinanya kita di hadapan Allah. Allah yang telah melimpahkan kurnia dan nikmat yang tidak putus-putus. Maka bertambahlah kembali rasa keimanan dalam diri kita. 

TAPI setelah beberapa ketika, hilang rasa manisnya iman tadi. Dan kita kembali menurut nafsu dan syaitan melakukan lagi khilaf yang sama. Tanpa rasa bersalah!


Pada waktu itu, kita lupa pada semua tanggungjawab yang kita pikul, hamba Allah, khalifah, pelajar, anak, sahabat, daie, dan macam-macam lagi. Yang penting kita dapat puaskan hati dan nafsu.

Kemudian, Allah campakkan lagi sedikit cahaya hidayahNya, kita sekali lagi cuba mencari jalan keluar dengan taubat nasuha. Air mata juga keluar tidak kurang hebatnya. Malah untuk ke sekian kalinya kita nekad tidak mahu mengulanginya. 

"Iman manusia itu sentiasa naik dan turun, tidak menentu!" - itulah realitinya. Kita tidak akan terlepas daripada melakukan dosa.

Allah itu MAHA Pengampun

Subahanallah... 

Indahnya Islam, hebatnya rahmat dan kasih sayang Allah. Walaupun setinggi gunung dosa yang kita lakukan, walau setiap individu penduduk bumi mencerca kita, tetapi jika kita yakin akan ampunan Allah kepada hambaNya yang bertaubat, serta merta dosa kita akan terampun. Itu janji Allah...

Yang paling penting, kembali sucikan diri kita daripada dosa setiap kali kita tersedar daripada lamunan dosa. Kembali kepada fitrah. Letakkan diri kita semula sebagai hamba di hadapan Pencipta. Terus menerus mengulang kata-kata taubat dan yakin akan rahmat Allah kepada hambaNya yang bertaubat.

InsyaAllah, Allah tidak akan mensia-siakan hamba yang mengadu dan berserah kepadaNya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...