Friday, October 5, 2012

"Simpan pun x kaya, bagi pun x miskin" - Jom Korban!

[kredit]
Assalamualaikum wbt,

Saya nak mengajak kita semua keluarkan sedikit daripada simpanan kita untuk menjalankan ibadah korban pada tahun ini. Ini mungkin menjadi salah satu daripada cara utk mendidik hati kita berkorban di jalan Allah. Tersangatlah banyak manfaat daripada ibadah korban ni. 

Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya." 

(Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya kami memberikan kepadamu nikmat yang banyak, maka dirikanlah solat dan berkorbanlah.” - (Surah al-Kauthar, ayat 1-2) 


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang mempunyai kemampuan tetapi tidak berkorban, maka janganlah ia menghampiri tempat solat kami.” - (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah) 

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Dan bagi tiap-tiap umat sudah Kami syariatkan penyembelihan (korban) supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang direzekikan Allah kepada mereka.” - (Surah al-Hajj, ayat 34) 
Kalau tahun2 lalu dah terlepas tanpa korban, jangan lepaskan peluang tahun ini utk lakukan ibadah ini. Ada banyak cara:

1. Di surau/masjid qariah masing2
4. macam2 lagi

Disertakan juga link2 video promosi korban. 


dan banyak lagi video lain di youtube.

Jangan tangguh lagi, insyaAllah x kan sia2 pengorbanan yg kita keluarkan. Teringat kata2 seorang Ustaz ttg sedikit duit yang akan kita keluarkan di jalan Allah ini, 

"simpan pun tak kaya, bagi pun tak miskin". 

Semoga bermanfaat.
Selamat Menyambut Eidul Adha!

=)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...