Saturday, September 15, 2012

Manusia: Rai dan Hargai

Mujahid dan Daniel di'rai'kan Syawal

Assalamualaikum wbt,

Saya hidup kurang lebih dah 22 tahun, Alhamdulillah.  Allah bagi kesempatan untuk saya kenal ramai orang. Allah juga pilih saya untuk berkenalan dengan Dakwah & Tarbiyah. Alhamdulillah...

Saya suka nak kongsi apa yang saya rasa tentang manusia. Secara umunya, manusia ini hidupnya terus menerus ingin diisi dengan kebahagiaan. Dan salah satunya adalah kita perlu sedar bahawa kita suka dirai dan dihargai.

Manusia suka dirai dan dihargai

Dalam sedar tak sedar, inilah salah satu sifat yang ada pada setiap insan. Mungkin ada yang anggap tidak semua orang rasa begini. Ini mungkin kerana definisi "rai" dan "hargai" hanya dilihat pada pujian, ucapan dan hadiah semata-mata. Dan mungkin juga ada antara kita yang merasakan ini hanya layak bagi mereka yang cintakan dunia. 

Pastinya TIDAK. 

Bahkan konteks perbincangan dan praktikalnya jauh lebih luas dan menyeluruh. Untuk dunia dan akhirat. Dan para da'ie yang ingin sampaikan dakwahnya dengan berkesan pun harus dan mesti menguasainya. Kerana sesungguhnya da'ie itu berurusan dengan manusia yang punyai emosi dan bukannya robot yang tidak punya hati.

"Rai" dan "hargai" dalam kehidupan harian

Ia sebenarnya mudah tetapi perlu dilakukan secara konsisten dan seterusnya membentuk sikap yang sebati dalam hidup kita. Bagaimana? 

3 kunci utamanya ialah NIAT YANG BETUL, IKHLAS dan SABAR.

Di sini saya senaraikan beberapa contoh mudah yang boleh kita semua amal dan mulakan untuk meraikan manusia di sekeliling kita:

1. Bertanya khabar, senyum dan bermuka ceria
~Nampak seperti kecil, tapi ia sangat bermakna. Serius! 
~Saya amat tertarik dengan seorang ikhwah ni yang pada pertemuan pertama dengannya, dia sapa saya dengan sangat mesra. Bagai dah lama kenal. Dengan senyumnya, cerianya dan rendah dirinya membuatkan kita rasa kita ada kelebihan berbanding dia. Ini membuatkan kita lebih selesa dan confident untuk terus berkomunikasi dengannya. Rasa seolah-olah macam seorang murid yang datang kepada gurunya kerana dahagakan ilmu. Pasti si guru rasa harga dirinya naik dan cuba memberikan yang terbaik kepada muridnya tadi bukan. Inilah yang telah saya rasai bersama ikhwah tu walau baru pertama kali jumpa. Padahal bila kenal siapa dia, rupanya seorang yang sangat disegani dalam dunia dakwahnya. Wahh...mulianya akhlaknya meraikan orang yang sekerdil ini.

2. Minta maaf & beri maaf
~Yup, penghargaan bukan hanya berbentuk benda atau perkara-perkara yang berkaitan dengan suasana positif semata-mata. Kita ini manusia dan pasti tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. PASTI!
~Oleh itu, rendahkanlah diri kita walaupun ketika itu orang memandang kita tinggi setinggi gunung. Ringankan lidah kita untuk ucapkan "maaf" hatta kepada musuh kita. Itu merupakan satu bentuk penghargaan besar buat penerima maaf. Juga lapangkanlah dada selapang-lapangnya untuk memberi maaf sekalipun orang lain tidak memohon maaf. Berjiwa besarlah, InsyaAllah jiwa-jiwa kita akan lebih tenang.

3. Doa dan mendoakan
gambar hiasan
~Jika pada pagi esok kita bangun tahajjud dan ingin mendoakan kebaikan buat sahabat kita, siapakah nama pertama yang akan keluar dalam doa kita? Izzudin? Muhammad? `Arif? Lomu? atau siapa?
~Dan cuba bayangkan, jika sahabat-sahabat kita yang bangun tahajjud, tidakkah seronok kalau kita antara nama yang disebut dalam doa mereka? malah menjadi nama pertama pula disebut?
~Inilah penghargaan rohani yang diharapkan oleh semua orang. Dan setiap kali pertemuan dengan sesiapa sahaja, cuba cari peluang untuk mezahirkan doa di hadapan mereka. InsyaAllah pasti kesan positif yang sangat besar akan dirasainya.
~Sila klik link ni utk lihat bagaimana contoh Rasulullah s.a.w mendoakan sahabat baginda. Analisis Psikologi Hadith 1

4. Mempermudah urusan
~Bila ditanya-tanya, ramai manusia yang tidak suka melakukan sesuatu dalam keadaan tergesa-gesa, stress, kelam kabut dan tak tentu hala. Alangkah senangnya rasa hati bila kita tengah gelisah melakukan sesuatu, ada orang boleh datang tolong memudahcarakan perkerjaan kita tu. Fuhh..lega tak ingat!
~Mesti kita pernah alami situasi yang mana kita rasa perlukan sangat pertolongan seseorang kan? Dan itu pun berlaku kepada orang-orang di sekeliling kita. Bayangkan jika kita dapat peluang mempermudah urusannya ketika dia perlukan, pastinya dia akan terasa sangat dihargai dan diraikan.  Ganjaran daripada Allah itu sudah pasti dapat insyaAllah. Jom terjemahkan dalam kehidupan kita. ASAP!  =)

5. Berikan hadiah
~Sepotong hadis Ar Rasul yang jelas menunjukkan kuasa hadiah:

"Saling memberi hadiahlah sesama kalian, niscaya kalian saling mencintai".
HR Baihaqi dalam As Sunan Al Kubra (6/169), dan lain-lain. Dan Al Albani menghasankan hadits ini. Lihat Shahih Al Jami’, no.3004.

Dan banyak lagi bentuk-bentuk amalan harian yang boleh dilakukan untuk merai dan menghargai manusia ini. Yang penting kita cuba sedaya upaya amalkan, teori sahaja pun tak berguna. =)
"Saling memberi hadiahlah sesama kalian, niscaya kalian saling mencintai"

Original Post at: http://hadis-rasullullah.blogspot.com/2012/08/sekilas-hibah-wasiat-dan-warisan.html
"Saling memberi hadiahlah sesama kalian, niscaya kalian saling mencintai"

Original Post at: http://hadis-rasullullah.blogspot.com/2012/08/sekilas-hibah-wasiat-dan-warisan.html

Benci ditegur, suka dipuji 

Tidak dapat tidak dalam kita cuba ambil peranan meraikan orang lain, kita kena sedar bahawa kebanyakan manusia sangat sensitif dengan dua perkara ni. PUJI dan TEGUR, dan yang sinonim dengannya. 

Cuba amati contoh-contoh bagaimana Rasulullah s.a.w meraikan manusia dengan puji dan tegur. Semoga kita boleh mengambil pengajaran daripadanya. Klik link berikut:
Analisis Psikologi Hadith 2
Analisis Psikologi Hadith 3
Analisis Psikologi Hadith 4

Walau berbeza, jangan mencerca!

Apabila kita berlainan ideologi, cara fikir dan gerak kerja, pasti kita asyik terlihatkan benda yang berbeza antara kita. Kita akan mula membanding-banding bahawa kita lebih baik dan mereka banyak sangat silapnya. Nah, itulah sifat manusia dan ditambah pula dengan hasutan halus syaitan serta kelicikan pujukan nafsu. 

Sering berlaku, tuding jari kepada "lawan" apabila kesilapan berlaku, lagi-lagi jika nampak seperti puncanya datang daripada pihak yang tidak "sebulu" dengan kita. 

Inikah akhlak Rasulullah? 
Beginikah caranya untuk menarik hati pihak "lawan" supaya setuju dengan ideologi kita? 
Jika kita seorang pendakwah, makin dekatkah mad'u kita jika cara ini kita guna?

Mari kita lihat bagaimana Imam Hasan Al-Banna me"rai"kan manusia yg mungkin tidak mahu kepada dakwahnya dan berbeza pendapat dengannya.


Wahai saudaraku, aku bukanlah seorang alim, tetapi aku seorang guru bandar yang menghafaz sesetengah ayat al-Quran al-Karim dan sesetengah hadis Nabi S.A.W. dan mengetahui beberapa hukum-hakam agama setelah merujuk kepada kitab-kitab. Lalu aku menawarkan diri untuk mengajarkan ilmu itu kepada orang ramai. Maka sekiranya engkau bertanya kepadaku soalan yang terkeluar daripada apa yang aku ketahui maka engkau telah menyukarkan aku, sedangkan barangsiapa yang mengatakan aku tidak mengetahui dia juga telah berfatwa. Sekiranya engkau merasa puas dengan apa yang aku sampaikan, dan melihat padanya ada kebaikan, maka dengarilah ia. Sekiranya engkau ingin mengetahui lebih lanjut maka bertanyalah kepada para ulama yang pakar selainku. Mereka mampu memberi fatwa terhadap apa yang kamu mahukan. Adapun aku, maka inilah kadar ilmuku, sesungguhnya Allah Taala tidak memberatkan ke atas seseorang melainkan apa yang diusahakan. 
(Imam Hassan Al-Banna)


Rai manusia kerana Allah

Seperti yang disebutkan sebelum ini, antara kunci utama dalam meraikan manusia ialah mempunyai NIAT YANG BETUL. Sesungguhnya niat kitalah yang menentukan penerimaan amalan kita. Oleh itu, raikanlah manusia kerana Allah! 

Bukan kerana manusia itu dan bukan juga kerana mahu diri kita dilihat "baik" oleh manusia di sekeliling kita. Utamakanlah Allah dalam kita meraikan manusia. Jika kita meraikan manusia itu mendatangkan murka Allah, maka sebenarnya kita sedang menipu diri kita.

Raikanlah manusia dengan bermatlamatkan dakwah kepada Allah. Malah dalam fasa pertama aplikasi Dakwah Fardiyah oleh Mustafa Masyhur, membina hubungan dengan mad'u itu amat dititik beratkan. Dan meraikan mad'u adalah antara bahan utama untuk membentuk hubungan yang berkesan. 

Sebenarnya, Allah juga meraikan orang-orang yang beriman dalam ayat-ayatnya dengan tawaran lumayan. SYURGA dan PEMBEBASAN API NERAKA. Antaranya ayatnya:


"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui."
Surah As-Saff: 10-11

"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku"
Surah Al-Fajr: 27-30

InsyaAllah, pada entri-entri yang mendatang, saya akan cuba bawa lagi realiti dan case study tentang sifat manusia yang suka dirai dan dihargai ini. Lain manusia, lain cara nak uruskannya. Kita akan lihat bagaimana kita mampu menggunakan sifat semulajadi istimewa manusia ini ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup kita di dunia serta bekalan kita di akhirat kelak insyaAllah. 

Wallahu A'lam...

2 comments:

  1. Barangsiapa yang mencari keredhaan Allah SWT dengan kemarahan manusia, maka dipelihara oleh Allah SWT daripada keberatan perbuatan manusia yakni tuhan pelihara daripada diumpat dan cela dan barangsiapa menuntut kesukaan orang dengan kemarahan Allah SWT, nasib kamu di tangan manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat...
      Tapi apa kata jom kita dapatkan kesukaan orang dengan redha Allah...
      ok x?

      huhu.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...